Thursday, October 18, 2007

Raya n kete :P

Hari ni raya ke-6. Tapi Aku sikit pun belum rasa kemeriahan raya tu. Dahla aku demam.. huhuk.. Berat sangat kepala ni.. Semalam g umah Uncle kat Bukit Jelutong tapi disebabkan x sihat tu huhuhu.. sumenye serba x kena.. mebbe penat sgt kot. terlalu lama kat kedai Tayar :P

Dah tukar tayar saiz besa sket, skali absorber plak wat hal.. hish.. ada2 je.. bila la plak nak tukar absorber tu.. hmm.. demam2 ni malas sgt nk keluar.. tapi kete Aku.. huhu.. cane la tu..bia la dia tersadai kat ctu dulu.. hmm..

Sunday, October 14, 2007

Hari Raya

Hari ni Hari Raya Pertama :( hati rasa gembira bercampur duka.. Yang disayang terpaksa dibiarkan jauh disudut hati, yang dicinta telah lama dibiarkan pergi.. Raya kali ni Aku amat kesal sekali dengan diri Aku..

Ya ALLAH ampunkan hambamu.. Aku gagal dalam hubunganku sesama manusia.. Aku lalai menunaikan tanggungjawabku.. Berikanlah petunjuk dan hidayah kepada hambamu ini ya ALLAH..


Thursday, October 11, 2007

Hati

Hati ini...

Terasa dikhianati bila kata-kata kasih dan sayang itu sekadar mainan di bibir..

Terasa dikhianati apabila janji hanyalah kata-kata yang tidak mampu ditunaikan..

Sedangkan Aku...

Setiap kata kasih sayang lahir dari hati kecil ini..

Aku tidak pandai bermain dengan perasaan kerana Aku sendiri tahu betapa peritnya jika dipermainkan..

Kasih dan sayang disalah erti..

Seharusnya Aku mengundur diri..

Wednesday, October 10, 2007

The LOVE is definitely gone..

Dah terlalu lama Dia mendiamkan diri. Membuat Aku banyak berfikir tentang diri Aku sendiri. Diam sungguh Dia. Bila Aku call cakap pun nak xnak je. Lama-lama Aku jadi semakin sedih. Apa salah Aku? Salah ke Aku sayang kat Dia? Salah ke Aku risaukan Dia?

Lama-lama Aku rasa macam Aku je yang sayang amat sangat kat Dia.. siang malam Aku teringat kat Dia (angau ke apa?!) mungkin memang Aku bertepuk sebelah tangan. Sayangkan seseorang yang hatinya mungkin tidak akan Aku miliki buat selama-lamanya. Xde tempat untuk Aku dalam hati Dia. Hadir Aku hanya sementara buat mengubat luka. Aku ibarat


Habis Madu, Sepah Dibuang

Seharusnya Aku pergi membawa Hati sebelum luka lama terguris kembali.

The LOVE will NEVER be gone.. I wrote it just to make me feel better.. when deep down inside I HURT so much..

Aku harap Dia dapat maafkan Aku.. Dengan kesedihan Aku tulis tajuk diatas.. Aku disalah erti.. Semua ni salah Aku..

Pernah

Kita tidak betul dengan mengatakan orang lain salah dan kita tidak semestinya salah hanya kerana orang lain berjaya meyakinkan dirinya adalah betul..

Ramadhan

Aku betul-betul x faham kenapa tahun ni Aku rasa amat kehilangan.. kehilangan arah.. kehilangan tujuan.. Ramadhan yang seharusnya Aku sambut dan raikan dengan penuh rasa kegembiraan dan keinsafan telah Aku bazirkan.. sepatutnya Aku penuhkan masa Aku dengan amal ibadat tapi Aku.. ahhhh.. Aku sangat hampa dengan diri Aku..